Utusan Malaysia: Lambat proses keahlian perpustakaan kanak-kanak


Visited 119 times, 1 so far today
May 4, 2008 – 10:06 pm
Oleh Najibah

PADA hari minggu yang lepas, kami sekeluarga melawat perpustakaan kanak-kanak di Johor Bahru. Suasana perpustakaan amat selesa dan nyaman. Tahniah kepada pihak pengurusan dan sila terus pastikan penyelenggaraan yang baik.

Tetapi kami amat terkilan apabila diberitahu bahawa permohonan keahlian memerlukan dua minggu untuk diluluskan?

Apabila ditanya lagi, kami diberitahu bahawa keahliannya percuma sampai bulan ini, seolah-olah keahlian percumalah yang mengambil masa dua minggu untuk diproses. Apakah kerana ia percuma, pelanggan perlu menunggu lama. Ia amat mengecewakan kanak-kanak yang ingin meminjam buku pada ketika itu.

Pada pendapat saya, pihak perpustakaan tidak meminta untuk menyemak MyKad, apa yang disemak, cuma salinan kelahiran kanak-kanak. Kenapa proses ini memerlukan tempoh dua minggu?

Mengapa permohonan pasport boleh diambil dalam sehari, pembaharuan lesen memandu di pejabat pos boleh diambil serta-merta.

Kalau 20 tahun lalu, saya boleh bersetuju jika proses mengambil masa dua minggu tetapi sekarang ada era moden.

Apa yang berlaku ini amat mengecewakan, kita boleh menuju ke arah negeri maju sekiranya kecekapan diutamakan.

Saya berharap pihak perpustakaan mengambil berat hal ini untuk meningkatkan perkhidmatan demi manfaat bakal pemimpin masa depan, walaupun mereka cuma kanak-kanak ketika ini.

INGIN MAJU

Johor Bahru.

Artikel berkaitan:

Tags: , ,

  1. 4 Responses to “Utusan Malaysia: Lambat proses keahlian perpustakaan kanak-kanak”

  2. Salam,

    satu insiden yang sangat menyedihkan. Barangkali kerana itu saya ‘merajuk’ dengan beberapa buah perpustakaan di sebuah negeri kerana prosedur menjadi ahli yang berjela. Praktikalkah borang permohonan mesti disertakan pengesahan, seperti oleh ketua kampung dsb?Mujur di Pulau Pinang tidak begitu, sekadar tandatangan penjaga kerana masih di bawah umur.

    Mungkin oleh sebab kerenah birokrasi yang mengaurt sebeginilah masyarakat Malaysia kurang mesra perpustakaan?

    By Rebecca Ilham on May 7, 2008

  3. Rebecca,

    Ini kali pertama dengar harus ada tandatangan ketua kampung :). Kelakar pun ada.

    Cuma akak pernah dengar di perpustakaan Negeri 9, prosedur permohonannya boleh dikira lebih canggih dari perpustakaan lain sekitar 4-5 tahun dulu (dalam konteks Malaysia). Sudah ada kad semacam kad matrik, dibuat secara digital, dan siap masa itu juga. Mungkin ada pengunjung dari Negeri 9 boleh sahkan?

    By Najibah on May 7, 2008

  4. memang betul, Say telah mengunjungi libry NS sejak masa bangunan baru sehingga ke bangunan barudi Wisma UMNO.Perpustakaan NS telah lebih advance sejak 4 -5 tahun dahulu lg. Untuk jadi ahli tak sampai 5 minit diproses dan memang betul kad ahlinya macam kad kredit. Canggih. Malahan sekarang ni sejak pindah ke bangunan baru di wisma umno, lagi canggih dengan environment yang lebih condusif dan selesa! Library Johor patut contoh Library NS yang telah maju sejak 4- 5 tahun dahulu……..tahniah Library NS !! Dengar khabar bangunan baru akan dibina..harap kekalkan di wisma umno..lokasi starategik..tahniah mb menteri besar ns kerana begitu perihatin terhadap rakyat ns untuk menimba ilmu……………

    By aminudin on May 7, 2008

  5. Ada pun input dr NS :). Terima kasih aminudin. Tahniah utk org NS sbb ada sistem pendaftaran keahlian perpustakaan awam yg baik.

    By Najibah on May 8, 2008

Post a Comment