Utusan Malaysia: Adam, Dafi meriahkan pesta buku


Visited 87 times, 1 so far today
May 2, 2008 – 10:00 pm
Oleh Najibah

KOTA BHARU 1 Mei - Sambutan Pesta Buku Kelantan 2008 selama seminggu di sini yang bermula Isnin lalu mencapai kemuncaknya hari ini dengan dihadiri lebih 15,000 pengunjung.

Orang ramai mengambil kesempatan bersama keluarga sempena cuti umum Hari Pekerja dan kemunculan tiga artis remaja, Adam, Dafi serta Ryzal memeriahkan lagi suasana dan menjadikan Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya (MPKB-BRI) sesak.

Kemunculan mereka bersama dengan kartunis terkenal Ujang membantu menambahkan daya tarikan dengan memberi kesempatan kepada para peminat menandatangani autograf dan bermesra sambil memilih buku-buku bacaan.

Pengurusan Artis KRU Muzik, Acmal Ibrahim berkata, sejak tengah hari lagi peminat sudah menyerbu artis berkenaan yang berada di situ sehingga lewat petang sebelum berlepas pulang.

Lebih 50 penerbit terkemuka dari seluruh negara dan Singapura menyertai pesta buku tahunan itu dan penganjur menyasarkan sambutan pada tahun ini akan mencecah lebih 100,000 pengunjung termasuk dari selatan Thai.

Pesta anjuran Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan (Pustaka) dengan kerjasama Jabatan Pelajaran (JPN) Negeri Kelantan memasuki edisi ke-33.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd., Ahmed Azeim Othman berkata, sambutan hari ini amat menggalakkan dengan kehadiran artis naungan KRU ke pesta ini.

Beliau berkata, sepanjang empat hari pesta buku berlangsung, seramai 60,000 kehadiran telah dicatatkan dan pada hari ini sahaja lebih 15,000 memperlihatkan minat membaca di kalangan masyarakat semakin meluas.

Artikel berkaitan:

Post a Comment