Tehran Times: Iran mewujudkan perpustakaan pos percuma sebagai galakan membaca


Visited 104 times, 1 so far today
May 27, 2008 – 1:11 am
Oleh Najibah

TEHRAN — Sebuah institut yang sedang mengusahakan satu kajian tentang Al-Qur’an telah mewujudkan satu bahagian penghantaran buku secara percuma melalui pos kepada para pembaca.

Pembaca boleh memilih daripada lebih 5000 judul yang dipaparkan di laman web institut tersebut, www.tafsirejavan.com. Permohonan harus dikirim melalui faks.

Pengarah institut itu, Mohammad Bisotuni memberitahu Agensi Berita Mehr, ia adalah sebahagian program Institut Terjemahan Al-Qur’an Javan yang bertujuan untuk membudayakan membaca di kalangan kanak-kanak dan remaja.

Beliau menyifatkan kerenah birokrasi semasa menggunakan perpustakaan awam adalah salah satu sebab utama kenapa orang ramai tidak mesra buku dan “program ini bertujuan untuk memberi kelonggaran kepada peraturan tersebut.”

Menurut Bisotuni, program tersebut telah diuji selama setahun dan tidak sebuah buku hilang sepanjang tempoh itu.

Baru-baru ini, institut bukan kerajaan itu telah melancarkan satu projek menderma buku untuk golongan miskin.

Orang ramai boleh menunjukkan kad pengenalan untuk menerima buku pertama daripada perpustakaan institut. Buku seterusnya hanya akan dihantar ke alamat mereka jika mereka dapat menjawab tiga soalan tentang buku pertama melalui telefon.

Institut Terjemahan Al-Qur’an Javan yang terdiri daripada 8 buah pusat pengkajian Al-Qur’an terletak di daerah Pasdaran di utara Tehran di mana golongan berada tinggal.

Pengarah Perpustakaan dan Arkib Kebangsaan Iran, Ali-Akbar Ash’ari minggu lepas menyatakan kesedihannya terhadap kurangnya ruang membaca dan bahan bacaan terbaru di perpustakaan-perpustakaan Iran.

Beliau juga mengumumkan kadar per kapita pembacaan buku penduduk Iran adalah dua minit dalam 24 jam.

* * * * * * *

Berita asal dalam bahasa Inggeris boleh dibaca di sini.

Artikel berkaitan:

Tags: , , ,

  1. 2 Responses to “Tehran Times: Iran mewujudkan perpustakaan pos percuma sebagai galakan membaca”

  2. Salam.

    Inilah yang dinamakan kalau hendak seribu daya.

    Pedas juga sindiran mengenai kerenah birokrasi di perpustakaan awam tersebut. Memang tidak dapat dinafikan, sedikit sebanyak ada juga unsur birokrasi ini di mana-mana. Perpustakaan tidak terkecuali. Kalau dipertikaikan, bermacam-macamlah pula jawapan dan sebab-musababnya..

    By Bunnybaby on Jun 4, 2008

  3. Salam juga Bunnybaby.

    Ya, hendak seribu daya. Tapi saya tertarik sungguh dengan idea mereka. Kalau Bukuria ada rezeki lebih nanti (mimpi-mimpi dululah sekarang), rasa macam nak tiru juga :).

    By Najibah on Jun 5, 2008

Post a Comment