Celik maklumat. Satu perkataan yang semakin kerap kita dengar sejak era komputer, Internet dan WWW.
Tetapi adakah celik maklumat ini serupa dengan celik IT, celik ICT atau celik komputer?
Adakah apabila seseorang tahu menggunakan komputer dan melayari Internet, sudah memadai untuk kita mengakuinya sebagai seorang yang celik maklumat?
Untuk memahami lebih lanjut tentang fenomena celik maklumat ini, kita boleh menyorot satu bidang kajian yang penting dalam pengajian perpustakaan, iaitu “Celik Maklumat” atau dalam bahasa Inggerisnya “Information Literacy”.
Hasil daripada kajian tentang celik maklumat ini, Persatuan Perpustakaan-perpustakaan Kolej dan Penyelidikan (ACRL) pada tahun 2000 telah meluluskan satu panduan yang mereka namakan Standard Kelayakan Celik Maklumat bagi Pengajian Tinggi [Information Literacy Competency Standards for Higher Education].
Standard ini digunakan dengan meluas di Amerika Syarikat untuk mengukur tahap kecelikan maklumat seseorang pelajar di institusi pengajian. Ia juga digunakan sebagai asas penyelidikan sarjana dan kedoktoran dalam bidang perpustakaan di seluruh dunia.
Untuk mengetahui lebih lanjut apakah inti standard kelayakan ini, nantikan Bahagian 2 daripada artikel ini.


