Persidangan Antarabangsa Asia-Pasifik mengenai Penerbitan Buku Kanak-kanak 2008


Visited 130 times, 1 so far today
May 22, 2008 – 4:36 am
Oleh Najibah

Logo persidanganBerita baik terutama kepada para penggiat industri penerbitan kanak-kanak!

Pada 1-3 Julai 2008 ini, Majlis Buku Kanak-Kanak & Remaja Malaysia (MBBY) bakal menganjurkan sebuah persidangan antarabangsa untuk rantau Asia Pasifik mengenai penerbitan buku kanak-kanak.

Pendaftaran persidangan secara online atau dalam talian dari laman sesawang MBBY telah dibuka. Laman sesawang MBBY boleh dicapai di URL berikut: http://www.mbby.org.

Agenda persidangan:

1 Julai 2008
Ucaptama dari Timbalan Presiden International Board on Books for Young People (IBBY).
Ucaptama dari wakil IBBY National Section - India dan Thailand.
Pembentangan kertas persidangan (concurrent session) dari UiTM, Perpustakaan Awam Negeri, PTS dan pelbagai badan dan syarikat penerbitan.

2 Julai 2008
Ucaptama dari Dato’ Lat.
4 Bengkel: (i) Children’s Book Writing, (ii) Children’s Book Illustration, (iii) Children’s Book Marketing, dan (iv) Reading Promotions and Activities.

3 Julai 2008
Lawatan ke perpustakaan, Kompleks 3C (Children’s Creativity Centre), dan galeri seni.

Yuran penyertaan:

Peserta luar negara : USD 250.00
Pembentang / Peserta tempatan: RM 600.00
Ahli MBBY: RM 550.00
Pakej istimewa untuk 4 orang: RM 2,200.00

Brosur dan borang penyertaan:
Word
PDF

Pertanyaan lanjut:

E-mel:
secretariat@mbby.org

Telefon:
Puan Suzliana : 03-5519 7667 samb. 128,
Cik Norhafidah : 03-5519 7667 samb. 202
Puan Juliana Es : 03-5519 7667 samb. 131

Penyertaan tuan/puan, sama ada sebagai pembentang kertas kerja mahupun sebagai peserta persidangan, amat dialu-alukan.

Butiran lanjut boleh didapati dari http://www.mbby.org/conference.htm

* * * * * * *

Sumber Uaran:

Sekretariat
Majlis Buku Kanak-Kanak & Remaja Malaysia (MBBY)
d/a Perpustakaan Raja Tun Uda
Persiaran Bandaraya
40572 Shah Alam.

Artikel berkaitan:

Tags: , ,

Post a Comment