Pengiklan pertama Bukuria dan “Terima Kasih Buku”


Visited 90 times, 1 so far today
May 22, 2008 – 5:10 am
Oleh Najibah

Bukuria telah menerima pengiklan pertama!

Hampir genap tiga bulan Bukuria dilancarkan, akhirnya semalam Bukuria telah menerima tempahan iklan pertama sebagai percubaan untuk bulan Mei 2008.

Semoga ini akan menambah semangat kami di Bukuria untuk memberi dan menyediakan yang terbaik untuk para pembaca.

Sebagai sokongan kepada Ujana Ilmu yang telah sudi membantu pengendali Bukuria, penyumbang dan para pembacanya, luangkanlah masa anda untuk ’shopping’ buku atau sekurang-kurangnya ‘window shopping’ dulu di sana.

Mana tahu ada yang berkenan di hati dan lama-lama tergerak untuk membeli.

Kalau tak dicuba, kita tak tahu sejauh mana keberkesanan membeli buku dalam talian ini. Kita boleh membeli dari ceruk rantau mana pun dan membuat pesanan tidak kira siang atau malam.

Tema bulanan untuk ruangan “Buku dan Hidup” (Tema Mei - “Terima Kasih Buku”)

Jika anda baca di “Ingin Menulis?“, salah satu ruangan atau topik yang disediakan oleh Bukuria adalah “Buku dan Hidup”. Sejauh ini, belum ada yang berminat untuk menulis bagi ruangan yang kami jangkakan akan meletup ini.

Untuk memberi galakan kepada bakal penyumbang di luar sana, mulai bulan ini Bukuria akan menetapkan satu tema setiap bulan supaya ada penyumbang yang mahu berkongsi pengalaman mereka.

Sepanjang Mei yang masih berbaki ini, Bukuria mengumumkan tema Mei iaitu “Terima Kasih Buku“.

Senang saja, fikir dan renung semula tentang sebuah buku yang telah memberi kesan yang besar terhadap hidup anda dan karangkan cerita tentang bagaimana ia berjaya mengesani anda dalam hidup.

Setiap bulan, pada minggu pertamanya (kecuali bulan Mei ini yang telah masuk minggu ke 3) Bukuria akan menulis satu kisah berdasarkan tema itu sebagai contoh dan akan menerima tiga sahaja daripada kiriman penyumbang (satu bagi setiap minggu seterusnya). Untuk bulan Mei, kami mencari satu sahaja!

Senang kan? Jadi jangan segan-segan lagi mahu berkongsi cerita buku. Cerita anda mungkin mampu menimbulkan minat orang lain terhadap amalan membaca dan membantu mengubah senario masyarakat kita, walaupun mengambil masa yang panjang.

Dan nantikan cerita Bukuria bulan ini dalam tema “Terima Kasih Buku“.

Artikel berkaitan:

  1. 3 Responses to “Pengiklan pertama Bukuria dan “Terima Kasih Buku””

  2. assalammualaikum wbt

    wah,,, ujanailmu pemberi semangat pertama dengan menempah iklan… semoga langkah pertama ini akan mencambahkan hasil-hasil yang lebih baik selepas ini.

    By aimi on May 23, 2008

  3. Langkah menambahkan trafik ke laman ini seharusnya menjadi agenda awal yang utama. Apabila trafik sudah banyak, usaha mendapatkan pengiklan menjadi mudah. Malah berlumba2 pula pengiklan akan masuk. Saya syorkan selain usaha2 berkongsi lingkaran URL dalam kalangan kenalan peribadi, elok juga meletakkan beberapa iklan di laman2 yang bertrafik tinggi.

    Selain, entri yang menarik dan unik juga secara tidak langsung akan mencetuskan kata kunci yang unik di enjin carian Google atau Yahoo. Itu juga salah satu cara.

    Selamat bertalian, semoga sucess. Saya akan tetap menyokong industri perbukuan. Insya-Allah.

    By Rozlan Mohamed Noor on May 23, 2008

  4. Waalaikumussalam wbt Aimi,

    Amin. Biarlah jadi doa kata-kata Aimi… :)

    En Rozlan,

    Tak berapa sempat nak buat promosi besar-besaran lagi :). Nak rekrut orang pemasaran @ editor pembantu, jauh langit lagi dari bumi ni dari sudut ekonomi.

    Tapi insya-Allah akan memandang berat cadangan-cadangan En Rozlan kat atas. Terima kasih.

    By Najibah on May 23, 2008

Post a Comment