BukuRia di platform baru, apa kata anda?

Snapshot Bukuria yang terdahuluBukuria baru sahaja berpindah ke platform baru iaitu blog WordPress. Selepas sesi soal jawab selama dua tiga hari dengan web hosting provider yang cukup penyabar, Bukuria memutuskan untuk berpindah daripada Plesk ke cPanel supaya dapat menggunakan Fantastico yang memang fantastic.

Dalam masa dua hari Bukuria telah selesai membina rumah baru, memilih ‘kulit baru’ dan proses memuat kembali bahan-bahan dari laman lama telah mula berjalan beransur-ansur [di sebelah kiri adalah screenshot laman lama].

Sebelum ini, Bukuria wujud sebagai laman web biasa dan cukup cemburu dengan kemudahan yang boleh dieksploit oleh para pemblog – contohnya interaksi yang lebih baik dengan pengunjung, kemudahan mengemaskini laman dan yang paling penting sekali, khidmat pengiklanan [ini nadi Bukuria].

Dengan berada di platform baru ini, Bukuria berazam untuk terus memajukan langkah dengan promosi yang lebih intensif dan bahan-bahan yang lebih menarik. Demi kepentingan para pengendali dan juga ahli komuniti Bukuria yang sudi memberikan sumbangan dalam bentuk bahan.

Jadi kami di Bukuria ingin tahu apa pendapat para pengunjung tentang perubahan baru ini?

Najibah Abu Bakar

Pemilik BukuRia, berlatar belakang bidang perpustakaan dan sains maklumat serta mempunyai sedikit pengalaman menulis di beberapa akhbar dan majalah tempatan.

You may also like...

13 Responses

  1. mudin001 says:

    Assalamualaikum.

    Tahniah kepada Bukuria kerana telah berpindah kepada WordPress. Saya rasa, ia adalah pilihan yang tepat. Banyak yang boleh dilakukan dengan wordpress. Kalau mahukan tema-tema yang berbentuk e-magazine pun banyak rasanya. Apapun, selamat maju jaya.

    Saya memberikan sokongan penuh kepada laman ini dan bersedia membantu apa yang boleh.
    Wassalam.

  2. afnizarmohd says:

    Seorang sahabat bercerita tentang laman ini di blognya, saya langsung teruja..bukan senang mahu bertemu pencinta buku dari Malaysia di alam maya.

    Two thumbs up utk pengendali web ini:)

    p.s. warna merah hati di atas sana memang cantik.

  3. Najibah says:

    Mudin001,

    Terima kasih atas sokongan padu drpd awal dan bantuan yang ditawarkan. Saya tercari-cari juga tema e-majalah, tapi tak jumpa lagi yg benar2 sesuai. Nak kena test tengok dulu satu-satu.

    Afnizar,

    Terima kasih atas kunjungan. Kawan Mudin001 ya? Anyway, kalau bercakap pasal pencinta buku, ada 2 orang yang saya anggap guru buku saya di dunia maya: Jiwa Rasa dan pengasas Bukuonline, Khairusy Syakirin – tak tahulah pulak mereka approve saya tak sebagai student :).

  4. Jiwa Rasa says:

    Tahniah di atas kelahiran bukuria. Moga ianya akan kekal lama dan mendapat sambutan dari peminat buku!

  5. Nisah Haron says:

    Salam kepada Najibah,
    Maaf kerana tidak dapat memberi respons lebih awal seperti di dalam e-mel yang lalu. Pun, dalam senyap saya menyokong laman ini. Apabila saya singgah sekali lagi, saya telah lihat banyak perubahan. Sungguh positif sekali. Insya-Allah, akan saya uar-uarkan di blog apabila ada kesempatan nanti.

    Tahniah dan teruskan!

  6. Najibah says:

    Pak JR,

    Terima kasih atas tahniahnya. Tapi komen “moga akan kekal lama” tu cukup menyengat terasa :)- sebab sebelum ini saya kerap tenggelam timbul menulis tentang buku di dunia siber. InshaAllah akan saya pegang sebagai satu matlamat dan azimat dari Guru Maya Dunia Buku Tanahair…”moga akan kekal lama”.

    Kak Nisah,

    Tak apa. Bila baca blog K. Nisah, boleh diagak jadual K. Nisah penuh. Terima kasih kerana menyokong walaupun dalam senyap. Sudah satu hikmah besar K. Nisah tinggalkan jejak / komen di sini :). (Belum beli buku Karya Kita Hak Kita… mungkin bulan ni)

  7. saudara penyelenggara,
    tahniah atas sebuah web yang begitu menggirangkan penggemar buku.

    ziarah saya yang pertama sudah memberi rasa uja. tahniah sekali lagi dan sukses terus ya!

  8. Aimi says:

    assalammualaikum wbt

    sangat menarik konsep yang cuba dibawa oleh Bukuria

    secara peribadi, sistem perpustakaan yang sedia ada di Malaysia sekarang ini harus ditambahnilai menjadikan lebih bersifat mesra pengguna dan mudah untuk digunakan.

    perkongsian pengalaman dan perbezaan sistem perpustakaan di tempat-tempat di luar Malaysia, satu ide yang bagus untuk tujuan ini.

    salam minda.

  9. Najibah says:

    Nas,

    Terima kasih berkunjung, tapi lebih tepat saudari penyelenggara sebenarnya :). Mudah-mudahan cita-cita kewangan Bukuria tercapai, hanya bila matlamat kewangan ni sampai Bukuria akan berhasil menggirangkan peminat buku dalam erti kata sebenar.

    Wa alaikum salam Aimi,

    Terima kasih juga atas kunjungan. Konsep Bukuria masih lagi sekadar eksperimen, mudah-mudahan kami dapat terus teguh dan kukuh di persada siber. Tentang perpustakaan, saya rasa kita agak ketinggalan dari sudut teknologi, terutama public library. Salam minda semula :).

  10. Salam,

    Suka sekali saya dapat berjumpa bukuria.com. [Terima kasih Nisah Haron yang mewar-warkan di blog beliau]. Maka bertambahlah koleksi jalinan yang menjadi pilihan saya. InsyaAllah saya akan menyumbang di sini dan sama-sama mendapat manfaat dari sumbang rakan-rakan di bukuria.com.

    Cantik, kemas dan padat web ini.

    Tahniah kepada pengendali.

  11. Najibah says:

    Maslina,

    Salam kembali. Terima kasih. Doakan kegigihan kami di Bukuria berterusan, sementelah Bukuria masih baru dan sedang bereksperimen dalam banyak hal.

    Terima kasih memautkan Bukuria di sana.

  12. Konsep laman ini menepati selera rohani. Menambat hati untuk terus kemari lagi. Kerana pada saya yang penting kekal ada jalinan komunikasi dua hala. Tidak sebagaimana sesetengah laman yang hanya berkomunikasi sehala. Konsep blog juga semakin popular, jadi laman sebegini pasti akan membawa masa depan. Saya percaya. Asalkan sentiasa ada entri yang menguja.

    Teruskan usaha.

  13. Najibah says:

    En. Rozlan, terima kasih memberikan komen yang berunsur motivasi ni :).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com